Indahnya masa

Macam mana ni?

25.11.08

1) Mcmane kalo kite xpernah diberi peluang untuk sesuatu..?cth..kite pon nk jd ajk gak..tp klo asik2 dia jer yg jd ajk..mcmane aku nk merasa?

2) setiap masalah sememangnya peluang..tapi kalo asik masalah yang sama jer berlaku..peluang ape plak tu??

3) klo selalu sangat buat salah..xtanye org pengalaman..ape gune..?aduh..

(Persoalan???tepat sekali...)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah. Assalam~...
Mahu cerita lagi..
Tatkala Mas sarep memberikan persolan itu....
Fikir sejenak...meh sini...
Kenapa boleh tertimbul isu tersebut?
Kenapa persoalan itu boleh wujud????
Dari mana punca isu itu???
Kenapa perlu dunia sebegitu????????hrmM~??

ok, kita dalami maksud ayat ini dlu...

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya"
(At-Tin ; ayat 4)

Question Number 1.....
1) Mcmane kalo kite xpernah diberi peluang untuk sesuatu..?cth..kite pon nk jd ajk gak..tp klo asik2 dia jer yg jd ajk..mcmane aku nk merasa?

Persoalan di sini, mcmane nk merase jd ajk???itu sahaja??
Ok then..Fikir balik
Kenapa kita nk peluang jadi AJK???
Buat apa kita nk peluang jadi AJK.??

Kita selami kata2 ini pulak..
"Manusia berjaya, Manusia Hebat, Manusia berguna adalah
mereka yang sentiasa mengembangkan potensi
untuk mencari dan membentuk kreadibiliti.."
-Muhammad Thaaqhib Mohammed
~^_^~
Manusia yang mengembangkan potensi diri adalah manusia yang hebat (konklusi kasar~)
betul???
Ok, kita timbulkan lagi persoalan..Macam mana nk kembangkan potensi????
Yeah, balik kepada tadi..PELUANG
Kita dpt peluang AJK....MUNGKIN kita dpt kembangkan potensi, MUNGKIN...
jadi, adakah dengan tidak menjadi AJK kita tidak ada peluang mengembangkan potensi???
gitu???
Jika ada dua pilihan jawapan benar dan salah, anda tentu tahu mana satu yg saya pilih....

Oklah, kita selami analogi ini...
Katakanlah, satu dunia ni dah maju...SELURUH DUNIA sudah maju tanpa KAMU YANG ADA DEPAN COMP NI!!!dah lengkap selengkap lengkapnya tanpa KAMU...Dunia maju, ekosistem seimbang, sumber bahan mentah sangat cukup, hidupan sempurna..TANPA KAMU...
Boleh jadikan??

TAPI KENAPA ALLAH CIPTA KAMU JUGA??????
hayati baik2...

Kita rujuk balik ayat al-Quran tadi...
Allah sudah menciptakan Manusia sebaik-baiknya...kan?
SEBAIK-BAIKNYA~..kan?
Jadi, jikalau kamu kata..."saya ni mane bagos sgt, saya x power pn, saya ni x bole jd ajk sbb saya tak ada potensi pn.kalau tidak pn, saya ni mane hebat sbb itu org x bg peluang saya jd ajk..."

Sanggup kamu fitnah Allah???
Allah menjadikan kamu sebaik-baiknya, Sejak azali Allah menciptakan kamu yang TERHEBAT..
namun kamu kata kamu tidak hebat...kamu nk lawan Fitrah ke??
Igt sahabatku, kita hidup..memang hidup..bukan mati..kenapa?
kita hidup kerana roh kita hidup, hati kita hidup, fizikal kita hidup..
Segalanya daripada Allah, adalah yang TERBAIK untuk Kamu...
Kamu Faham kenapa kamu diwujudkan????
Insya-Allah..

kita berbalik isu peluang...
Darimana datangnya peluang??
  • Manusia memberi
  • Pengalaman mencipta
Muhammad Thaaqhib Mohammed, berkata lagi...
"Tatkala kita mengembangkan potensi, tidak bermakna kita mengembangkan sepenuh hasil potensi kita daripada pemberian peluang daripada orang.. Kita kembangkan potensi, bukan daripada peluang orang beri..."

Ambil contoh orang yang hanya mndapt pluang drpd orang lain...
Jadi, Bagai Pahat dengan Penukul~~
sudah diketuk baru bergerak...
Diberi peluang, baru bertindak...
Nak jdi mcm itu ke?
Jikalau begitu, x kemana lah ~~

Kamu x dapat peluang jadi ajk..kamu nk merasa tp x dapat...
ok, kita timbulkan isu YAKIN pula...
"Allah akan bertindak seperti mana yang difikirkan/diyakini hambanya..."
Kenapa???
Kerana...YAKIN itu DOA...
Yakinkanlah diri kamu, YAKIN kepada Allah..Allah telah menyediakan yang terbaik untuk kamu..
KAMU KENA YAKIN!!!
Kamu pun tahu..ALLAH Yang Maha Menentukan Segala-galanya..YAKIN itu DOA~~ ^_^ ~~
"Ya Allah, Yang Maha Berkuasa dan Bijaksana, mungkin ini bukan peluang untuk aku menjadi AJK Ya Allah, tapi aku Yakin ke atas kemuliaan-Mu, bahawa Engkau Telah memberikan Yang TERBAIK untukku, Mungkin Bukan sekarang Ya Allah..Namun aku menuntut Janji-Mu Ya Allah.."


Menjadi AJK ataupun Tidak...
BUKAN BERMAKNA KAMU TIDAK BOLEH KEMBANGKAN POTENSI...
"aku pn nk jadi ajk..aku pn nk merasa..."
Yakin pada ALLAH, DIA telah Menyediakan YANG TERBAIK untuk kamu!!
Ingat..DUNIA tidak sempurna Tanpa Anda, kerana itulah ALLAH mencipta kamu...
Sahabatku, Allah Maha Adil..
Anda akan merasa saat yang manusia lain tidak pernah merasa...
Anda akan lalui masa yang paling manis yang manusia lain tidak pernah merasa..
Jika bukan sekarang, pasti pada masa hadapan..bukti?? = YAKIN to ALLAH!!



Question Number 2.....
2) setiap masalah sememangnya peluang..tapi kalo asik masalah yang sama jer berlaku..peluang ape plak tu??

Masalah = Peluang !!!
igt lagi??
Hrm..persoalan timbul..
Fikir sejenak..Kenapa timbul persoalan???? xD

Okk..
Peluang yang datang drpd Masalah adalah kerana Kita yang mencipta peluang itu..
kita yang manipulated those problems for chances..
Ginilah..
Persoalan begini...Peluang begini...
Kita kembali kepada Allah..........

Masalah sama je, peluang macam mana???
1) Peluang anda membentuk sifat TABAH
2) Peluang anda BERFIKIR menyelesaikan masalah
Dan yang paling penting.......................
Masalah sama, peluang kita untuk berterusan, kita berterusan Yakin, Doa, Solat, mengadu kepada ALLAH!!!
Wahai sahabatku, Allah Maha Bijaksana...
Lagi banyak masalah, lagi banyak hati anda dapat dilembutkan untuk kembali kepada FITRAH..
Kembali kepada ALLAH..
Selagi masalah itu berterusan sama sahaja, selagi itu anda perlu mengharap..
jadi bermakna..selama2 itu anda akan Mengadu kepada ALLAH..anda Yakin kepada Allah..
selama itu anda akan Berdoa Kepada ALLAH...

bagi mereka yang hidup senang lenang tanpa masalah, tanpa kerumitan..berkemungkinan, mereka akan LUPA...
Ada sepotong ayat ini, tentu anda juga tahu..
"Adakah kamu hendak dikatakan beriman
sedangkan kamu tidak diuji?"

Sahabatku, ALLAH sememangnya sudah mengetahui anda akan ditimpa masalah,
sama saya juga..
Cuma, apa yang membezakan manusia adalah tindak balas mereka terhadap masalah itu...

Insya-Allah, sampai sini saja..
agak penat juga jari ini..XD
Ammiiin~yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu Inysa-Allah kita sama2 betulkan...
Wassalam...








10 Tindak Balas:

-Amin HaR- said...

soalan tiga agak tidak faham..aduih

: cot 30°= tan 60° : said...

pakcik am im buleh jd kaunselor lah.. tabik ah!! ^^

Anonymous said...

salam

soalan tiga?

"kerana orang beriman tidak melakukan kesilapan berulang kali"
-brothers (zaman dulu2nya)-
~tiada kaitan..cuma saje bubuh nama lagu yang didengar skrg ni~

jatuh dalam lubang yang sama dua kali~ herm..what say u?.. orang bod*h je yang akan buat silap dua kali. itu kalau kali kedua..kalau kali ke 5..camne?

tapi kan~ lebih baik takyah buat silap langsung.. caranya? hah..belajar dari silap atau pengalaman orang lain.

akhirnya tetap sama. KITA BELAJAR DARI PENGALAMAN. Sama ada dari pengalaman sendiri, atau dari orang lain

tapi, lagi laju kalau kita copy n paste je pengalaman orang lain. tol tak?

Anonymous said...

nice entri
entri ni buat aku fikir yang kita x sepatutnya rasa rendah diri dengan kekurangan atau tidak-yakin dalam diri kita

mas syarep said...

kenapa xpaham soalan ke-3?
itu suatu persoalan..
sbb soalan ke-3 tu sgt bersangkut dgn soalan ke-2..tp anda telah memahami pada perspektif yang berbeza..anda tidak mengasingkan faktor lain dengan keutamaan..
iaitu masalah dan juga peluang..

apa yang tuan thaaqib katakan di atas..saya sangat bersetuju juga..ingat!!kita bukan hidup sendirian..

bagi saya..masalah itu suatu keutamaan..dan peluang pula adalah perspektif dari diri kita..kalau kita mengambil langkah menyelesaikan masalah..maka kita proaktif terhadap keutamaan kita..ada juga yang bila timbul masalah..dia buat "don't know" jer..sekadar menjadi penonton sahaja..

saya yakin..itu semua adalah pendapat peribadi anda serta pemahaman..tak salah anda berkongsi..dan sudah pasti..tidak ada skema jawapan untuk menentukan jawapan yang diberikan oleh saya..tak mengapa..sekurang-kurangnya saya dapat mengenali lagi tahap pemikiran anda..

saya tertarik dengan penyataan anda tentang kenapa isu ini boleh timbul..heh..buka fikiran anda..fikiran itu..yang lain juga boleh fikirkan..

bagi saya..sama ada kita memberi peluang kepada orang lain..atau orang lain tidak merebut peluang yang ada di depan mata..itu suatu situasi yang berbeda..perlu disedari yang kita tidak hidup sendirian..jadi bagaimana kita hendak hidup bersama-sama dengan orang lain?

apa yang dapat disimpulkan..ini motivasi..utk internal..dan eksternal..sama-sama muhasabah..terima kasih..

-Amin HaR- said...

Sebelum nk kata apa2..
Nak kata dlu TERIMA KASIH kpd semua!!!

utk thaaqhib..terima kasih
betul sekali..anda mengingatkan saya, kita hidup adalah bersama!!
Belajar bersama, membina hidup bersama..
Pengalaman kita belajar drpd persekitaran...Mcm?Orang?haiwan?environtment?
sgalanya~~!!

mas sarep!..betul!masalah, penyelesaian masalah adalah keutamaan..kita ambil keutamaan itu dengan menjadikannya peluang...utamakan peluang menyelesaikan masalah..

THANKS!wassalam~

Anonymous said...

salam.. Masya Allah..

so, sama-sama lah kita ingat..

1) YAKIN yg Allah telah mencipta diri kita sebaiknya dan sentiasa berDOA dgn YAKIN agar Allah akan memberi kita peluang dlm mncapai ape shj.. Ameen..

2) Masalah itu Peluang~!!

3) Kita hidup bersama.. sentiasalah ambil pengalaman itu sbgai pengajaran.. :)

mm~ sgt best post nie.. Semoga Allah merahmati nta n abg thaaqib mohamed.. :]

salam~~

Anonymous said...

salam...masya ALLAH..sungguh menarik skali post ini..agak mendalam jugak maksudnya..ana setuju dgn sumer..

-Amin HaR- said...

wassalam..
Inysa-Allah kita sama2 harapkan manfaat untuk semua...
trimas~..assalam

Rahman D said...

satu pemikiran yang jelas kematangannya...bagaus..teruskan usaha dalam memartabatkan ummah