Indahnya masa

Aku dan Saya

29.8.08

Bismillah,
Assalam..berjumpa jua kita di sini....hmm

rsa teruja untuk berkata....
kerana dipendam begitu lama...
Jikalau-Ini adalah peluangnya...
izinkanlah saya untuk manfaatkannya... ~~

******
Kisah bermula...

Jam 8.37pg.....
"Aduh, laparnya perut. Mana tidaknya, pagi tadi tak sempat nk makan. Nasib baik sekarang 'time' rehat, gi kantih ah..."
Dalam perjalanan ke kantin...............
Tap Tap Tap taP tAp [bunyi tapak kasut]
Berbaju kemeja putih bersarungkan blazer, bertali leher dan berkasut hitam, kilat..
"Siapa pakcik tu?Cantiknya pakaian dia. Tapi, tak pernah aku lihat. Nampak mcm org luar saja"[monolog]
"Eh, ke hulu, ke hilir, tengok2 jam, pandang sana pandang sini...
"KrioOOoK!~~, aduh! perut aku ibarat taufan, kencang!!aaAaA..laparnya~~~"
"Kantin!!! Tunggulah kedatangan aku!! Jangan enkau lari ke mana~~~!"

Setelah selesai makan....
"Waaah, Alhamdulillah. Akhirnya semakin reda ribut perut ini. Eh, cantiknya cawan kertas tuh~. Mereka susun keliling tong sampah tuh kah?Wah~ Jadi corak laaa..lawa2.."

"Nak ke mana lagi ye, naik atas saja lah. Rehat pun dah nk habis...."
Aku mengorak langkah menuju ke kelas...
Maka, aku terlihat...
"Alamak! Cikgu 'on the way' la rupenye. Cepat2~!!..."
"Tapi, aik? Cikgu bawa markah kertas ujian laa!! untuk semua kelas kah?patut lah banyak. Nasib baik banyak barang, jadinya cikgu lambat lah sedikit naik ke kelas. Fuh, selamat aku....."

Apabila berada di dalam kelas......
Papan putih, di hadapan kelas masih dicorakkan dengan "AddMath" yang diajar sebentar tadi. Maka, sejurus selepas itu, Cikgu pun masuk ke kelas...
"Ish, kotor juga eh whiteboard. Ooo, manakan tidaknya..tadi AddMath, penuh la whiteboard tuh ngan formulae2 nye, lagi2 differentiation. Phew~"[kata aku]

Selepas itu, Cikgu pun memadamkan tulisan2 marker yg ada di papan putih itu.....
Tatkala cikgu memulakan pelajarannya, Cikgu memulakan dengan menulis beberapa ayat di papan putih. Maka, tidak disangka-sangka, marker yang dipegang Cikgu, tercampak "shussh!!" di hadapan aku.
"Wah, terkejut aku. Elok2 aku sedang kemas buku, sampai sini marker cikgu terbang eh. Fuh, tapi lawa juga gaya terbang tadi. Terpusing-pusing mcm boleh kate helikopter pon ada..."[monolog~]
Apalagi, Cikgu pun datang ke tempat aku dan mengambil marker kepunyaanya. (Nasib baik aku duduk depan) xP.... TAMMAT

******

Kisah bermula...

Jam 8.37pg.....
"Aduh, laparnya perut. Mana tidaknya, pagi tadi tak sempat nk makan. Nasib baik sekarang 'time' rehat, gi kantih ah..."
Dalam perjalanan ke kantin...............
Tap Tap Tap taP tAp [bunyi tapak kasut]
Berbaju kemeja putih bersarungkan blazer, bertali leher dan berkasut hitam, kilat..
"Siapa pakcik tu?Cantiknya pakaian dia. Tapi, tak pernah saya lihat. Nampak mcm org luar saja"[monolog]
"Eh, ke hulu, ke hilir, tengok2 jam, pandang sana pandang sini...Mahu cari siapa ya? Hmm, Jikalau saya nak jadi baik saya perlu buat apa eh? em~ Lebih baik saya menegurnya. Mana tahu mungkin saya boleh tolong~......
Selepas beberapa minit...
"OoOoH~, rupa2nya pakcik itu mahu berjumpa dengan pengetua rupanya. Fuh, settle masalah."
"KrioOoK~!!(perut berbunyi) Kantin!!! Tunggulah kedatangan saya!! Jangan enkau lari ke mana~~~!"

Setelah selesai makan....
"Waaah, Alhamdulillah. Akhirnya semakin reda ribut perut ini. Eh, cantiknya cawan kertas tuh~. Mereka susun keliling tong sampah tuh kah?Wah~ Jadi corak laaa..lawa2....tapi, Jikalau saya nak jadi baik, saya perlu buat apa?... Apakata saya ambil dan buang sahaja, itukan sampah...ya tak ya kan?"
"Kebersihan itukan sebahagian daripada iman...~"

"Nak ke mana lagi ye, naik atas saja lah. Rehat pun dah nk habis...."
saya mengorak langkah menuju ke kelas...
Maka, saya terlihat...
"Alamak! Cikgu 'on the way' la rupenye. Cepat2~!!..."
"Tapi, aik? Cikgu bawa markah kertas ujian laa!! untuk semua kelas kah?patut lah banyak. Kasihan juga melihat cikgu mengangkut barang itu. Jikalau saya ingin jadi baik, apa yang saya perlu buat?...Tolong Cikgu angkat barang!!~ ya! benar~! tepat skali!.."
Maka saya pun menuju ke arah Cikgu untuk menolongnya............

******

Apa sambungannya? Rasanya, tak perlulah kan nk ckp apa dia sbb saya tahu anda sudah tahu..
Whiteboard???Marker? ^_^, apa yang terjadi?

Common sense...sbenanya kat sini nih bkan nk ckp apa2, adalah sahaja untuk menari2 di bawah satu cerita mengenai common sense saja...
Orang ckp..."haihh, kamu nih..tak ada common sense langsung! apa kehal kamu ni ha?"
Rasanya dah cukup panas untuk didengar di telinga..

Saya di sini hanya memberi pandangan, common sense nih ape ni?...
Apa kata kita buat eksperimen...
Jikalau anda mahu cuba, silakan~~

Adakah benar, manusia mempunyai fitrah untuk kebaikan?
Fitrah manusia yang mencari kebaikan?
Ada manusia buat baik untuk kebaikan diri..
ada juga yang buat jahat untuk kebaikan diri...
Nih ape nih? masing2 lain2 cara, tapi conclusion nya....semua mencari kebaikan~~~

"Common Sense" nih, apa kaitannya?
Meh buat eksperimen...
Jikalau kita nampak sampah, apa yang kita buat?
Saya tak perlu lah jawab sbb anda dah jawab daaa~ ya tak? xP
Berbalik dalam isu 'kebaikan'... Jikalau kita nampak sampah, Jikalau kita nak jadi orang baik....Apa kita buat??..

Common sense = Jikalau kita nak jadi baik, apa kita perlu buat???

  • Nampak sampah ----> Orang baik -----> Kutip & Buang
  • Cikgu bawa barang berat ---> Orang baik ----> Tolong angkat
  • ~~~
  • ~~~~~

Tak perlu nk cakap semua, anda kan sudah tahu...^_^

Bukankah adalah baik untuk menjadi baik?
Tak mungkin wujud manusia yang tidak mahu kepada kebaikan..bukan?
Jadi, procedure pn dah ada...eksperimen saja masih belum dijalankan...
Lepas dah jalan, kita dapat???
Dapatlah result disebabkan tindak balas yang berlaku.....hehe


baik, sehingga sini..je.. sesiape nak ambil manfaat silakan. anda berhak berkongsi dengan saya..
dengan itu, assalam~~