Indahnya masa

Selamat tinggal............

23.9.08

Bismillah, Assalam.........
Phew~, insya-Allah..dapat pun peluang utk saya menulis(menaip) kali ini....
meh nk bercerita sedikit....(tapi feel kamu mendengar org bercerita dan membaca cerita adalah berlainan.............)
jadinya, segalanya bermula ketika....

---------------------------------------------------------------------------------------------

Jam 7.25pm...(Minggu lepas, Jumaat)

Ketika berbuka puasa...
"Hmmm, min. Oyen tuh macam mana tu. Dia mcm.......emmm." Kata ayah.

"Emm?kenapa??.."

"Takda la. Cuma, ayah rasa dah sampai masa dia la... Lagipun dah lama juga dia dengan kita, dah setahun lebih dah...."

"Ayah nk...lepaskan??"

"Macam mana, ok??"

"Em, tak kesah laaa..."


Jam 3.45ptg (Minggu lepas, Sabtu)

Perjalanan dalam kereta pulang ke rumah...
"Ayah, oyen macam mana?"

"Ayah dah pi hantar da....."

"Ush?kat mana??"

"Kat......Pasar keramat................"

"Ehh????habis tu anak2 dia tuh??"

"Ayah letak sekali kat situ, dalam kotak...Kat situ ramai sikit orang, jadinya ok la..insya-Allah"

"ouuuuhh........................"

(saya, x reti nk ckp apa...hahahaha...)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Alkisah dah jadi macam itu...
sbnanye, kat situ tuh dah x tau nk ckp apa..buntu tahu x buntu??..
tp, tak pe la en, dah sampai masa mereka pergi.......
em, putih.atau uteh...seekor kucing..yang nakal sebegitu nakal..tetapi manja ketika dimanjakan..jantan la katakaaaaaan....
Oren atau oyen atau rain(cep)..kucing yg sopan..(X pernah naik meje oo, x macam uteh)..
suara lembut, lemah longlai..sopan santun..manja..hahaha
tutu(kah3)..kucing bongsu..selalu kena buli je keje...sian..selalu naik ats org..ish3

tapi semua dah tak ada kecuai si tutu tuh...(dia tu pun dah nk smpai masa kene pergi daa..~~~)
uteh, phew...meninggal..mati sbb kene racun...woh
oyen tuh....ha, dah cite da..
tutu...hahahaha, kat rumah..sorg2 x de teman...kasihaann...tu pun selalu merayau..

haha, dah x de nk cite pape agi..
sian para pembaca.tetibe si penulis cerite pasal kucing kemetot die kat umah tuh...
OK lah ye. selamat tinggal~~ ^_^
Ramadhan dah nk abis. Berusahalah...........................................................~~

Nah, sedikit cerita mengenai mereka.....




Dengan itu, sekian assalam........
Ceria selalu~ xD

Jaga Hati dengan berhati-hati

13.9.08




"When you change your thinking, you change your BELIEF"
"When you change your belief, you change your EXPECTATION"
"When you change your expectation, you change your ATTITUDE"
"When you change your attitude, you change your PERFORMANCE"
"When you change your performance, you change your LIFE......"
_________________________________________________________________

Bismillah...Assalam
Apa khabar org di sana?Insya-Allah kali ini kita berenang di alam metafore...yang abstrak dan yg sebaliknya...~
Metafore di sini adalah jauh benar dr sudut ayat, tetapi mengalir beraruskan kiasan..
Anda pernah dengar, "You get what you think!!"???
Anda setuju? Yup, saya setuju..

Segala apa yg kita lakukan, tidak akan terjadi tanpa terlintasnya perkara itu di dalam alam maya otak kita ini... Tapi, bagaimana kita nk tahu apa yang akan terlintasnya di dalam otak kita??
Bagaimana kita nk mengawal apa yg akan kita fikirkan utk kita lakukan?
Orang kata, "Be positive!!, be positive!!.."
apekejadahnye mende itu?..OoO~, rupanya kita perlu berfikiran positive..
Ada ungkapan, "Pemikiran Positif Penjana Kejayaan.."

Macam mana nk fikir Positive!????
Tuh, nampak gambo2 kat ats skali itu??
drpd HATI terbinanya Pemikiran....
  • Hati ---> Pemikiran ----> Tindakan ---> Tabiat ----> Peribadi...
Setuju????^_^
Terbinanya Peribadi daripada Hati...
Inilah Metafore saya itu, Hati kita tak dapat lihat...namun, gaya pemikiran kita dapat jangka berdasarkan gerak geri/tindakan manusia...Betui?

"Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakitnya
itu, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta"
(Al-Baqarah : 10)

Subhanallah, di dalam ayat itu, Allah memberitahu akan perihal org Munafik terhadap agama Islam. Mereka itu mempunyai hati yang berpenyakit, dan Allah menambah2kan lagi..
Bukankah sudah terbukti, Hati ini lah yg membentuk peribadi seseorang manusia...

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 1 hingga 10."

Hati ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

(Baca Hadis dari riwayat at-Tarmizi..)

Akhirul Kalam, hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan
Insya-Allah, mohon dan berusahalah agar kita dapat sama2 jaga hati kita...Amiiinn
Wassalam..

Jikalau nk masuk kelas.....

6.9.08


Assalam, bismillah...
ketemu juga kita kat sini lagi sekali..
alhamdulillah....
Wah..sekolah ohh sekolah~~

Kat sini bukan nk ckp panjang leba lagi da..
cume..ada 1 kerunsingan yang masih smpai sekarang saya masih bingung sih...
Jikalau kamu, yang ada dpan kom nih...yang sedang membaca apa yang kamu baca...xP
Kalau2nya, ada jawapan...silakan lah memberi tindak balas...

Hrm...Kali ni kita merayau2 dalam topik "Jikalau nk masuk kelas......"
Macam mana kalau nk masuk kelas???
Ketuk pintu, langkah kaki then masok je la...
tp tp tp tp tp tp....
wajib ke untuk memberi salam??
Kalau ikut turutannya, cammana??

Ketuk Pintu ----> bagi salam ----> Langkah masuk ----> duduk??

Nih saja nk kongsi cerita nya..
Sbbnya, ada org kata..makruh kalau bagi salam time org tgh blaja...
tp.....?
Meh kita wat eksperimen nk??
Apa kata masing2 nnt cuba masuk kelas bg salam..
patu ada time, tak payah bg salam.........
tp, bukankah lebih baik untuk bagi salam?? <------(hypothesis)
Jadi...kita tunggu tindak balas...............
wassalam..




------------------------------------------------------------------------------------

Kita dah berjayakah????


9 September 2008
Jam 8.52 pagi
4 Toriq Ibnu Ziad


Subhanallah, segalanya seperti sudah terjawab..
Nk cerita kisah lagi..
Alkisah, Ust Hasnan melangkah masuk ke kelas...
Saya menyelak buku PSI...selak punye selak,
sekilas pandang, terbaca tajuk "memberi dan menjawab salam"..
ha~!!!, apelagi..kita kaji lah!!

Jeng jeng, terjumpa lah tajuk kecil "Keadaan sunat dan makruh memberi salam"
Semuanya tercatat di m/s 166~...

Conclusion : The hypothesis is accepted. Jikalau nk masuk kelas, berilah salam..